“jangan risau, kualiti baja terjamin..pasti asli di kedai kami!”
Setiap butiran baja mengandungi nisbah nutrien yang sama untuk pertumbuhan tanaman dan hasil yang lebih stabil. Kami juga menawarkan baja kepada pelanggan mengikut kehendak atau keperluan khusus. Produk baja jenama FN yang dipasarkan di FeN Shoppe – Kedai Input Pertanian adalah yakin pasti asli keluaran FELCRA Niaga Sdn. Bhd.
sebatian kompak fn 25
npk 14-13-9-2.5
Sesuai untuk digunakan pada pokok getah muda, kelapa sawit, koko, kelapa dan pokok buah-buahan dan juga sebagai pembajaan umum bagi tanaman.
sebatian kompak fn 44 / 44+te
npk 12-6-22-3 / 12-6-22-3+te
Sesuai untuk digunakan pada pokok getah muda, kelapa sawit, koko, kelapa dan pokok buah-buahan dan juga sebagai pembajaan umum bagi tanaman.
Mempunyai kandungan potassium bagi tanaman yang memerlukan K tinggi bagi proses penghasilan buah.
Sesuai bagi kelapa sawit, kelapa, pisang, ubi kayu, nenas dan pelbagai jenis buah.
sebatian kompak fn 45 / 45+TE
npk 12-12-17-2 / 12-12-17-2+te
Sesuai untuk pokok kelapa sawit dan koko di mana ketersediaan fosfat dan kalium di dalam tanah kurang baik.
sebatian kompak fn 55
npk 15-15-6-4
Baja untuk peringkat awal tanaman.
Sesuai bagi proses tumbesaran pokok sawit dan getah muda
Sangat berkesan digunakan pada peringkat tapak semaian.
sebatian kompak fn 65
npk 15-15-15
Baja umum sesuai untuk sayur-sayuran dan pokok buah-buahan untuk memberikan nutrien seimbang untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik.
Juga disyorkan untuk kelapa sawit yang belum matang.
APA ITU NPK DAN KEPENTINGANNYA?!
Semua tumbuhan memerlukan nitrogen, fosforus, dan kalium untuk membesar. Tanaman tidak akan berhasil dengan elok jika terdapat kekurangan nutrien yang lengkap.
- Nitrogen (N) – Nitrogen sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk pertumbuhan daun pada tumbuhan.
- Fosforus (P) – Fosforus sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk pertumbuhan akar dan perkembangan bunga dan buah.
- Potassium (K) – Potassium ialah nutrien yang membantu fungsi keseluruhan tumbuhan berfungsi dengan betul.
Mengetahui nilai NPK baja boleh membantu anda memilih baja yang sesuai untuk jenis tumbuhan yang anda tanam